TENTANG KAMI

Labo Labo Steamboat & BBQ adalah sebuah jenama restoran steamboat & grill yang mengetengahkan konsep “Outdoor Sempoi” yang mana sentiasa menyajikan menu makanan yang terpilih dan sentiasa ada kejutan menu baru. Selain rasa steamboat & grill yang lain daripada yang lain, Labo Labo juga menyajikan menu bukan sekadar steamboat iaitu menu seafood yang terkenal dengan menu “Labo Lempaq” dan menu western.

Labo Labo juga sesuai untuk keluarga yang ingin makan beramai-ramai dalam suasana “sempoi” yang mana restoran Labo Labo boleh memuatkan sehingga 250 orang dalam satu masa untuk 1 cawangan. Labo Labo mempunyai 3 cawangan iaitu di Alor Setar, Sungai Petani dan Langkawi.

Maksud Labo Labo? Sebenarnya tiada maksud apa-apa cuma pihak syarikat menggunakan istilah Bola Bola diterbalikkan menjadi Labo Labo supaya lebih mudah diingat kerana apabila disebut kali pertama ianya pelik dan pelanggan lebih mudah diingati. “Jom berLabo Labo” sering digunakan oleh pelanggan untuk menunjukkan mereka sedang makan beramai-ramai di Labo Labo.

“Selamat berLabo Labo” – Abg Labo